Wednesday, April 1, 2009

~+BiRtHDAY aQ+~

hUrm memang da lama gak rr aq x tulis kat dalam blog.HarAp x BErsarang sudah heheheh.mEmANdANg da masuk april ni LaGi 28 apRiL jEwr ArI jAdI so ApA LaGi BEli hADIAh ceh!Tak sangka gak aku dari



dari 3 tahun skang ni da 12 tahun.Ha ada perbazaan x??ketara kan.

So jgn LUpa tarikh ''28 APRIL 2009'' okAy





Thursday, February 5, 2009

+~tEnTaNg LiFekU~+


Tarikh 28 ApRiL 1997 lahirlah seorang bayi yang diberi nama oleh ibunya ''NUR SYAHIRAH''.Kelahiran aku disambut dengan gembira sekali oleh keluarga dan saudara-maraku.Ibuku melahirkan ku di Klinik Sambhi,Kuala Lumpur.Semasa aku belum bersekolah aku diasuh oleh nenekku dengan penuh kasih sayang.Walaupun sekarang aku sudah besar tetapi aku masih menyanyanginya seperti ibuku yang kedua dan aku masih ingat jasanya kepadaku.Pada umurku 6 tahun itu kali pertama aku menjejakkan kaki ku ke alam persekolahan.Tabika perpaduan desa pandan B,dimana banyak kenangan pahit manis ku.Sejarah yang paling tak dapat aku lupakan ialah dipulas telinga sehingga telinga ku merah hanya kerana aku tulis senget.Selepas setahun iaitu waktu itu aku berumur 7 tahun.Aku sudah menjadi murid sekolah rendah dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara iaitu sekolah yang paling untuk dimasuki oleh calang-calang orang,kerana sekolah itu merupaka salah satu sekolah kerajaan yang diberi pangkat ''SEKOLAH BESTARI''.Tanpa diduga aku daripada junior telah menjadi senior sekolah itu dan tahun ini aku dan kawan-kawanku yang sebaya dengan ku menjadi harapan sekolah untuk mendapatkan 5A dalam UPSR.Owh ya,tentang keluarga ku.Ayahku ''Bakar Ariffen'' merupakan seorang polis yang berpakat Sarjan Mejor dan yang amat aku sayangi kerana dialah yang telah banyak berkorban untukku dan adik-beradikku serta keluargaku.Mencari nafkah untuk keluarga,itu ialah perkara utama sebagai seorang bapa.Ibuku ''Kasmah Kassim'' permaisuri didalam hidupku aku amat menyanyanginya kerana dialah yang melahirkanku,menyusuku dan banyak lagi pengorbanan yang tidak dapat aku balas hanya dengan pendidikkan cemerlang yang aku dapat balas kepadanya.Kakakku ''Nurul Aini'' iaitu merupakan seorang kakak yang mengambil berat tentang adik-adiknya aku rasa memang susah untuk dapat seorang kakak sepertinya dan aku berasa sangat bersyukur kerana dapat kakak sepertinya walaupun dia banyak menyakat ku.Abangku ''Mohd Fahmi'' seorang yang pelawak,tinggi dan juga mungkin akan menjadi seorang pelukis terkenal satu hari nanti.Walaupun dialah orang yang selalu mengacau ku tetapi aku masih menyanyanginya.Kakakku ''Siti Nadiah'' dialah yang menjadi penemanku ketika aku sunyi dan dialah yang memberi semangat kepadaku untuk bangkit semula walaupun kadang-kala dia banyak membebel tetapi aku tetap sayang padanyan dan juga adik-beradik ku yang lain.
Boleh dikatakan yang keluargaku ini ''HaPpY fAmIlY'' aku berasa sangat bersyukur kerana dapat keluarga yang mengambil berat antara satu sama lain dan sayanag-menyanyangi.Terima Kasih YA ALLAH!!!!